Kampung
Durian Tunjung Wilayah Peresekutuan Labuan mempunyai keluasan tanah 544 ekar
atau 1.2 km persegi. letak kira-kira 7 km dari pusat bandar Labuan dan
bersempadan dengan kampung Pantai, kampung Kerupang/Nagalang, Kampung Tanjung Aru, kampung Lajau, kampung
Bukit Kuda dan kampung Sungai Bangat. Keadaan permukaan tanah kampung ini
sedikit berbukit-bukit.
Kampung
ini di urus tadbir oleh Jawataankuasa Kemajuan Dan Keselamat Kampung
(JKKK) yang diketuai oleh seorang pengerusi dan juga merangkap Ketua Kampung
dan 15 orang Ahli Jawatankuasa yang berpusat di Balairaya kampung Durian
Tunjung. Selain daripada JKKK, terdapat juga beberapa organisasi yang wujudkan
seperti Gerakan Daya Wawasan, Jawatankuasa Surau, Pertubuhan UMNO,
Pertubuhan Peladang Kawasan, Rela,
Kumuniti 1Malaysia Zon 9, Rukun
Tetangga dan Persatuan Belia Kampung.
Kampung
ini terbahagi kepada 5 blok dengan setiap blok mempunyai dua orang Ketua Blok.
Sistem blok diperkenalkan sejak 2003 untuk memudahkan dan mempercepatkan proses
penghantaran maklumat atau surat menyurat dalam proses pembangunan kampung.
Jumlah
penduduk kampung ini adalah dalam lingkungan 2600 orang yang terdiri dari
berbagai suku kaum Melayu Brunei, Kedayan , China, India dan kadazan/dusun.
Sebilangan besar penduduk kampung ini bekerja dengan perkhidmatan awam, swasta
dan ada juga bekerja sendiri.