SELAMAT DATANG.......





Kampung Durian Tunjung Wilayah Persekutuan  Labuan mempunyai keluasan  544 ekar   atau 1.2  km persegi.  Terletak kira-kira 7 km dari pusat Bandar Labuan dan  bersempedan dengan kampung Pantai, kampung Sungai Bangat, kampung Kerupang/Negalang, kampung Tanjung Aru Nelayan, kampung Lajau, dan kampung Bukit Kuda. Keadaan permukaan tanah di kampung berbukit-bukit dan  sedikit kawasan tanah paya yang tidak lagi diusahakan.

 Ianya dibahagikan kepada  9 blok dengan setiap blok dua (2) orang  Ketua Blok.  Sistem blok diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses penghantaran maklumat atau surat-menyuarat dan  proses pembangunan Desa.

Jumlah penduduk kampung ini adalah lebih kurang  2410 orang yang sebilangan besarnya terdiri dari suku kaum Melayu Brunei, dan Kedayan  Terdapat juga suku kaum lain seperti Kadazan/Dusun, Cina, India dan lain-lain .  Sebilangan besar penduduk Kampung Durian Tunjong bekerja dengan  Badan Kerajaan,  Agensi Swasta,   dan ada juga   bekerja sendiri.

Menurut sejarah  awal penduduk Kampung Durian Tunjung ini terdiri daripada dua (2) suku kaum utama iaitu suku kaum Kedayan dan suku kaum Brunei. Kampung Durian Tunjung ditadbir oleh badan sukarela iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).  

Alamat perhubungan rasmi yang digunakan ialah :-

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG
KAMPUNG DURIAN TUNJUNG
D/A Balairaya Kampung Durian Tunjung 
Peti surat 80998, 
87019 Wilayah Persekutuan Labuan.


Atas kesan pembangunan yang begitu pesat di Pulau Labuan ini, khasnya di Kampung Durian Tunjung W.P Labuan, maka  terdapat juga sebilangan kecil penduduk  berbagai suku kaum yang bermastautin di kampung ini.