SEJARAH KAMPUNG

Nama Kampung Durian Tunjung mempunyai sejarah dan asal usul yang begitu unik. Menurut penceritaan lisan yang disampaikan oleh orang-orang dahulu, dikatakan ada sebatang pokok durian unik telah tumbuh di sekitar Jalan Penghulu Tuah. Perkataan “tunjong” membawa maksud ‘condong’  yang menggambarkan keadaan pokok durian tersebut. Melihat kepada ciri fizikal pokok durian ini yang condong (tunjong), maka masyarakat kampung mengilhamkan untuk memberi nama kampung ini sebagai Kampung Durian Tunjong.

Pokok yang unik ini walau pun tumbuh sedemikian rupa namun ia tetap tumbuh segar, rimbun dan menghasilkan buah yang banyak. Di sekitar tumbuhnya pokok ini menjadi tempat perjumpaan masyarakat kampung sama ada tua dan muda, berhimpun dan bermesyuarah. Di samping itu, ianya menjadi gelanggang masyarakat kampung bermain permainan tradisi seperti gasing dan kuit.

Kini, kewujudan pokok ini hanya tinggal kenangan sahaja. Generasi kini tidak dapat menyaksikan sendiri pokok durian yang telah mencetuskan ilham kepada nama Kampung Durian Tunjong. Ini adalah disebabkan pada ketika itu masyarakat kampung kurang memberi perhatian dan penjagaan ke atas pokok durian yang mencetuskan sejarah yang cukup bermakna kepada masyarakat Kampung Durian Tunjong.



Senarai nama ketua-ketua Kampung yang telah mentadbirkan Kampung Durian Tunjong adalah seperti berikut):- 
            
 

Bil

Tahun

Nama Ketua Kampung

1

1950an - 1970

Allahyarham Jaluddin bin Mat Yasin

2

1970 - 1996

Allahyarham Tuan Hj. Timbang b. Hj. Zainal

3

1996 - 2001

Tuan Hj. Ahad b. Ahmad

4

2001 - 2010

En. Matali b. Ibrahim

5

2010 - kini

 Tuan Hj. Ahad Bin Ahmad